Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online

Sebelum membuka akaun secara online , anda perlu memahami serta menyediakan beberapa maklumat bagi melancarkan pembukaan akaun secara online.

1) Kenalpasti Pakej Simpanan yang akan dipilih. Setiap Pakej mempunyai kriteria, cakupan takaful dan unjuran simpanan yang berbeza. Rujuk ringkasan pakej di bawah :

  • pakej dan unjuran simpanan

Maklumat lanjut bagi setiap pakej , sila lawati laman berkenaan Pakej. Setelah memilih pakej mengikut kesesuaian perancangan bagi keperluan pendidikan anak anda, sila ke langkah seterusnya.

 

2) Kenalpasti akaun yang akan dibuka , samada untuk diri anda sendiri atau untuk penerima manfaat iaitu anak sendiri atau anak jagaan yang sah.

Bagi akaun untuk diri sendiri, anda perlu menyediakan maklumat berikut :

  • Nama penuh
  • No MyKad
  • No. telefon
  • Alamat surat-menyurat
  • Alamat emel
  • Maklumat akaun bank 
  • Pekerjaan  

Sekiranya akaun dibuka untuk anak anda, tambahan maklumat anak anda yang perlu disediakan adalah :-

  • Nama penuh anak
  • No. MyKad/MyKid, anak
  • Tarikh lahir anak

 

[Layari http://daftar.sspni.plus/ untuk membuka akaun bagi setiap anak anda]

Pembukaan akaun untuk anak angkat/jagaan sah hanya boleh dilakukan di kaunter PTPTN berhampiran anda. Sila bawa bersama salinan Mykad Pendeposit, MyKid/MyKad Anak Jagaan Sah dan Sijil Pengangkatan Anak yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

 

3) Sebelum memulakan pendaftaran akaun secara online, perlu anda faham bahawa deposit minimum pembukaan akaun adalah sebanyak 2 bulan nilai pakej.

Contohnya: –

  • Pakej Intan memerlukan deposit RM60 bersamaan 2 bulan x RM30
  • Pakej Delima memerlukan deposit pembukaan RM100 bersamaan 2 bulan x RM50
  • Pakej Topas memerlukan deposit pembukaan RM200 bersamaan 2 bulan x RM100
  • Pakej Zamrud memerlukan deposit pembukaan RM400 bersamaan 2 bulan x RM200
  • Pakej Nilam memerlukan deposit pembukaan RM600 bersamaan 2 bulan x RM300
  • Pakej Berlian memerlukan deposit pembukaan RM1,000 bersamaan 2 bulan x RM500

 

Bagi deposit pembukaan kurang dari 6 bulan, anda perlu menetapkan kaedah potongan bulanan samada Potongan Gaji / Auto Debit atau Direct Debit.

Jika anda mempunyai Maybank2u atau RHBNow atau Bankislam.Biz, pilihan potongan Auto Debit sesuai untuk anda.
Jika anda menggunakan perbankan internet bagi bank lain, anda perlu menggunakan pilihan potongan Direct Debit.

 

4. Sekiranya anda tidak mahu menetapkan sebarang mod potongan bulanan, anda perlu mendeposit sekurang-kurangnya 6 bulan nilai pakej pilihan anda.

 

5. Sudahkah anda bersedia dengan semua maklumat yang diperlukan? Faham apa yang saya ceritakan berkenaan deposit dan kaedah bayaran? Ayuh buka akaun sekarang.

 

6. Klik link → [BUKA AKAUN] dan lengkapkan maklumat yang diminta dan selesaikan urutan pembukaan akaun iaitu Maklumat Akaun > Maklumat Pakej > Maklumat Peribadi > Kaedah Potongan > Bayaran. Langkahnya ringkas dan mudah. Sila daftar pembukaan akaun bagi setiap anak anda dibuat melalui link –>  http://daftar.sspni.plus

 

7. Bagi akaun yang berjaya dibuka, anda boleh membuat semakan online melalui laman Semakan Penyata SSPN-i Plus .

 

Akhir kata, tahniah saya ucapkan kepada anda di atas kesedaran menabung anda yang tinggi. Anda Hebat! Jadilah Superhero untuk diri dan keluarga anda. Terbang ke masa hadapan pendidikan yang sempurna untuk anak anda!