Selamat Datang Ke SSPN-i Plus Online

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
sspni 1
DEBT
hadith

PERSOALAN UNTUK SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN!

Apakah persediaan kewangan kita untuk pendidikan anak-anak?
Cukupkah persediaan kewangan kita?
Sampai bilakah kita mampu menabung untuk anak-anak kita?
Yakinkah kita untuk mengatakan “Belum masanya untuk mula menabung”?
Yakinkah kita masih punya cukup usia untuk tabungan kewangan pendidikan anak kita?

Bersama SSPN-i Plus anda bakal mendapat bukan hanya simpanan sahaja, tetapi banyak manfaat lain disediakan bagi memenuhi matlamat sebenar tabungan pendidikan masa depan. Anda akan menyimpan serta menerima dividen yang kompetitif bagi setiap sen bahagian simpanan anda.

Setiap pakej simpanan SSPN-i Plus berserta takaful. Kami kerap menerima persoalan. Kenapa perlu ada takaful?  Untuk makluman anda , polisi takaful akan melindungi pendeposit iaitu ibu/ayah yang membuka akaun yang lazimnya menjadi sumber kewangan anak-anak. Ianya sebagai persediaan tambahan kerana kami sedar dan bimbang simpanan anak anda akan terhenti sekiranya(maaf andai terkasar) musibah(seperti dinyatakan dalam pakej) melanda. Takaful yang anda carum adalah kebajikan yang anda sediakan sebagai payung dan tongkat untuk pasangan dan anak anda berteduh dan bersandar dalam keadaan yang tidak diinginkan. Klik Sini untuk contoh rujukan kes tuntutan.

Agihan simpanan & takaful bagi setiap pakej adalah sangat jelas dan tetap dan anda boleh merancang pilihan pakej yang sesuai untuk anda berdasarkan unjuran simpanan dan kemampuan kewangan anda.

Anda boleh skrol ke bawah lagi untuk melihat pakej-pakej SSPN-i Plus.

pakej pilihan SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL  (SSPN-i Plus)

PAKEJ INTAN

SEHARI RM1
RM30.00 / BULAN

PAKEJ DELIMA

PILIHAN TERBAIK
RM50.00 / BULAN

PAKEJ TOPAZ

PILIHAN HEBAT
RM100.00/ BULAN

PAKEJ ZAMRUD

PILIHAN MANTAP
RM200.00/ BULAN

PAKEJ NILAM

SIMPANAN MAKSIMUM
RM300.00/ BULAN

PAKEJ BERLIAN

PERLINDUNGAN MAKSIMUM
RM500.00/ month

unjuran simpanan mengikut pakej sspn-I PLUS

  • INTAN1
  • DELIMA1
  • TOPAS1
  • ZAMRUD1
  • NILAM1
  • BERLIAN1

KEISTIMEWAAN MENYIMPAN DI SSPN-I PLUS

TIADA PEMERIKSAAN KESIAHATAN

PERLINDUNGAN SEHINGGA RM1 JUTA

DIVIDEN SIMPANAN YANG KOMPETITIF

SEMESTINYA PATUH SHARIAH

KHAIRAT KEMATIAN PERCUMA

PERLINDUNGAN SERTA MERTA

LAYAK PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI

LAYAK MOHON PINJAMAN PTPTN

Apa PERbezaAN pendeposit yang membuka akaun untuk seorang anak dan lebih dari seorang anak?

Ini antara soalan popular yang kami terima. Yang perlu anda tahu, setiap pendeposit boleh membuka satu akaun bagi setiap anak/anak jagaan sah. Ibu & ayah masing-masing boleh membuka akaun sebagai pendeposit bagi anak yang sama. Setiap akaun akan mempunyai polisi takaful yang berasingan dan layak untuk tuntutan(tertakluk terma & syarat).

Contoh 1: Pendeposit membuka satu akaun pakej Intan untuk anaknya. Nilai tuntutan bagi takaful beliau :

  • RM 40,000 – kes kematian/cacat kekal menyeluruh akibat kemalangan
  • RM 20,000 – kes kematian/cacat kekal menyeluruh akibat faktor semulajadi.
  • RM 10,000 – elaun 36 penyakit kritikal
  • RM 20/hari – elaun kemasukan wad
  • RM 2,500k – khairat kematian pendeposit/pasangan
  • RM 1,000 – khairat kematian bagi 3 orang anak.

(Tertakluk kepada jenis tuntutan yang dibuat)

Contoh 2 : Pendeposit membuka 3 akaun Pakej Intan untuk 3 orang anaknya. Nilai tuntutan bagi takaful beliau :

  • RM 40,000k X 3 = RM 120,000 – kes kematian/cacat kekal menyeluruh akibat kemalangan
  • RM 20,000 X 3 = RM 60,000 – kes kematian/cacat kekal menyeluruh akibat faktor semulajadi.
  • RM 10,000 X 3 = RM30,000 – elaun 36 penyakit kritikal
  • RM 20/hari X 3 = RM60/hari – elaun kemasukan wad
  • RM 2,500 X 3 = RM 7,500 – khairat kematian pendeposit/pasangan
  • RM 1,000 X 3 = RM 3,000k – khairat kematian bagi 3 orang anak.

(Tertakluk kepada jenis tuntutan yang dibuat)

SAYA TIDAK MEMPUNYAI ANAK? BOLEHKAH SAYA MEMBUKA AKAUN UNTUK DIRI SAYA SENDIRI?

Ini juga antara soalan popular yang kami terima. Galakan menabung di SSPN-i Plus tidak terhad kepada ibu bapa yang mempunyai anak. Golongan bujang atau yang berkahwin tetapi tidak mempunyai anak , amat digalakkan membuka akaun untuk diri sendiri.

Jika anda termasuk dalam kategori ini, anda masih berpeluang menyimpan di SSPN-i Plus serta menikmati dividen simpanan, perlindungan takaful serta peluang menang Cabutan WOW.(Akaun bagi diri sendiri tidak layak pelepasan cukai)

Pilihan Pakej adalah sama seperti pembukaan akaun untuk anak, yang berbeza adalah akaun diri sendiri tidak memerlukan pengisian maklumat Penerima Manfaat.

Prosesnya lebih mudah dan cepat.

SAYA sudah membuka akaun untuk anak saya, bolehkah saya membuka akaun berasingan untuk diri saya sendiri?

Pertama sekali, tahniah diucapkan sekiranya anda termasuk dikalangan pendeposit kategori ini. Anda amat memahami pentingnya menabung serta perlunya perlindungan takaful sebagai jaminan tambahan dalam keadaan yang tidak terduga bahkan peluang untuk menang Cabutan WOW sudah tentu lebih besar untuk anda.

Jawapannya YA,BOLEH. Walaupun telah membuka akaun SSPN-i Plus untuk anak anda, anda masih boleh membuka akaun tambahan untuk diri sendiri selagi mana mematuhi syarat pembukaan akaun SSPN-i Plus

 

BERMULALAH DARI SEKARANG!

“Kita tak perlu punya keupayaan meramal masa depan untuk menjadi Superhero bagi anak-anak kita, kita hebat bila mampu membuat persediaan masa depan anak-anak kita”

Kami sentiasa mendoakan anda dikurniakan kesihatan yang baik  serta dimurahkan rezeki dan terus bersama kami mengukuhkan dana pendidikan untuk masa depan pendidikan anak anda. 

Ayuh Simpan & Lindung !

SLM