PANDUAN PEMBUKAN AKAUN SSPN-i Plus SECARA ONLINE

Syarat kelayakan Untuk Pembukaan Akaun SSPN-i Plus

Warganegara Malaysia

Pendeposit dan Penerima Manfaat hendaklah warganegara Malaysia

Pendeposit

Pendeposit mesti berumur 18 tahun ke atas atau sebelum 64 tahun.

Penerima Manfaat

Penerima manfaat boleh berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun sahaja.

Diri Sendiri Atau Anak

Pendeposit yang mempunyai anak boleh membuka akaun untuk anak/anak jagaan sah. Pendeposit berstatus bujang atau berkahwin tetapi tidak mempunyai anak boleh membuka akaun untuk diri sendiri

MAKLUMAT LAIN
Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat(anak).

Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat(anak) yang sama.

Bagi Pakej Berlian, setiap pendeposit hanya terhad kepada pembukaan sebanyak 2 akaun sahaja dan perlu membuat perakuan kesihatan, perakuan palsu boleh menyebabkan kesulitan dalam sebarang proses tuntutan.

*Akaun untuk diri sendiri tidak memerlukan pengisian maklumat penerima manfaat*

Pilih Pakej SSPN-i Plus Yang Bersesuaian

Pakej Intan adalah pakej paling rendah deposit bulanan SSPN-i Plus. Serendah RM30 sebulan bersamaan tabungan RM1 sehari anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM40,000. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.

Rujuk jadual UNJURAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN TAKAFUL dibawah untuk maklumat lanjut.

Slide 3

Menabung dengan Pakej Delima SSPN-i Plus dengan deposit bulanan serendah RM50 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM40,000. Simpanan jangka panjang Pakej Delima dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM15,293. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.

Rujuk jadual UNJURAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN TAKAFUL dibawah untuk maklumat lanjut.

Slide 4

Menabung dengan Pakej Topas SSPN-i Plus dengan deposit bulanan serendah RM100 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM40,000. Simpanan jangka panjang Pakej Topas dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM34,410. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.

Rujuk jadual UNJURAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN TAKAFUL dibawah untuk maklumat lanjut.

Slide 5

Menabung dengan Pakej Zamrud SSPN-i Plus dengan deposit bulanan serendah RM200 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM80,000. Simpanan jangka panjang Pakej Zamrud dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM68,821. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.

Rujuk jadual UNJURAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN TAKAFUL dibawah untuk maklumat lanjut.

Slide 6

Menabung dengan Pakej Nilam SSPN-i Plus dengan deposit bulanan RM300 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM 120,000. Simpanan jangka panjang Pakej Nilam dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM 103,231. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.

Rujuk jadual UNJURAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN TAKAFUL dibawah untuk maklumat lanjut.

Slide 7

Menabung dengan Pakej Berlian SSPN-i Plus dengan deposit bulanan RM500 sebulan anda layak mendapatkan simpanan berserta takaful sehingga RM1,000,000.

Simpanan jangka panjang Pakej Berlian dengan dividen simpanan yang kompetitif dapat memberikan pulangan simpanan berserta dividen terkumpul sehingga RM76,467. Sangat berbaloi untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak anda.

Rujuk jadual UNJURAN SIMPANAN & PERLINDUNGAN TAKAFUL dibawah untuk maklumat lanjut.

Slide 8

Sila Rujuk Ringkasan Pakej Di Bawah. Setiap pakej mempunyai agihan simpanan+takaful yang berbeza dan coverage takaful yang berbeza.

Ringkasan Pakej

 

DEPOSIT PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i Plus

PILIHAN 1

Deposit untuk minimum 2 bulan simpanan

Wajib membuat pilihan potongan bulan secara automatik samada melalui bank atau potongan gaji untuk deposit-deposit bulan berikutnya.

Contoh Kiraan Amaun Deposit Pembukaan:

  • Pakej Intan – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM30 = RM60
  • Pakej Delima – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM50 = RM100
  • Pakej Topas – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM100 = RM200
  • Pakej Zamrud – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM200 = RM400
  • Pakej Nilam – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM300 = RM600
  • Pakej Berlian – Deposit pembukaan = 2 bulan x RM500 = RM1000

 

Deposit bagi bulan berikutnya adalah mengikut nilai pakej yang telah didaftarkan, Cth Pakej Intan – RM30/Bulan etc.

Maklumat potongan perlu diisi semasa proses pembukaan akaun.

Auto Debit – Bank-bank yang diterima – MAYBANK , RHB ISLAMIC, & BANK ISLAM

Direct Debit – Bank-bank selain MAYBANK, RHB ISLAMIC, & BANK ISLAM

atau Potongan Gaji.

PILIHAN 2

Deposit untuk 6 bulan atau lebih

Tidak perlu menetapkan sebarang mod potongan sebaliknya pendeposit perlu meneruskan deposit pada bulan terakhir deposit melalui online banking, kaunter PTPTN atau melalui mana-mana agen sah SSPN-i Plus.

Sekiranya pendeposit berminat untuk menetapkan mod potongan, arahan Direct Debit boleh dibuat melalui Sistem Semakan Penyata SSPN-i Plus.

Bagi arahan Auto Debit/Potongan Gaji , pendeposit perlu hadir untuk permohonan di mana-mana kaunter cawangan PTPTN.

illustrasi Cara Pembukaan Akaun Secara Online

KLIK BUTANG DI BAWAH UNTUK MEMULAKAN LANGKAH 1

1
1
3
4
5
8-9
10-11

—Illustrasi Tamat —